Pasangan suami isteri maut nahas di LPT2
Pasangan suami isteri maut nahas di LPT2

KEMAMAN: Sepasang suami isteri maut manakala dua anaknya cedera selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 267.2, Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2), dekat Cheneh, petang tadi.
Dalam kemalangan kira-kira jam 4.10 petang itu, mangsa maut ialah Mohd Riduan Mohd Yaacob, 35, dan isterinya, Zahidah Hanisah Mohamad, 35, beralamat di Pulau Sekati, Kuala Terengganu.
Dua anak pasangan itu, Muhammad Uwais Wafiuddin Mohd Riduan, 8, dan Raudhatul Khayra Mohd Riduan, 3, dilaporkan parah serta dihantar ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.
Ketika kejadian, Zahidah yang juga guru Sekolah Kebangsaan Paka bersama suami dan dua anaknya dalam perjalanan dari Kuantan untuk pulang ke rumah di Kuala Terengganu.
Komander Operasi, Balai Bomba Dan Penyelamat Cheneh, Zulkifli Abd Ghani, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 4.14 petang.
Katanya, tujuh anggota dihantar ke tempat kejadian dan mendapati sebuah kereta jenis Proton Saga terbalik di tengah lebuh raya.

Posting Komentar untuk "Pasangan suami isteri maut nahas di LPT2"