Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Innalilahi, Khabar Duka Dari Penyanyi Kaka Azraff Telah Meninggal Dunia Si...(Baca Artikel Penuh)

Ibu Kaka Azraff meninggal dunia akibat serangan jantung dan angin ahmar

Ibu Kaka meninggal dunia di usia 64 tahun.

IBU kepada penyanyi Kaka Azraff iaitu Redida Aziz, 64, meninggal dunia akibat serangan jantung dan angin ahmar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada pukul 9.25 pagi Ahad.

Berkongsi berita sedih itu Kaka atau Noor Atiqa Noor Azraff, 34, memberitahu ibunya sudah dua hari dimasukkan ke hospital akibat penyakit tersebut sebelum sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Mak sudah dimasukkan ke hospital Jumaat lepas dan masih dalam rawatan.

kaka azraff 3

Dugaan buat Kaka apabila kehilangan ibu ketika sarat hamil anak ketiga.

“Saya tiada bersama mak ketika dia menghembuskan nafas terkahir dan kini sedang di hospital menguruskan jenazah,” katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam keadaan duka kehilangan ibu tercinta, Kaka juga bersyukur kerana urusan di akhir hayat Allahyarham dipermudahkan.

“Memang sedih tapi dalam masa sama syukur urusan dipermudahkan. Dia tak sakit lama dan tidak tersiksa lama.

“Perjalanan dia mudah tapi lama menanggung sakit teruk. Masa serangan jantung pun dia masih boleh bercakap dengan saya.

“Malam tadi (Sabtu) saya sempat sapukan air bacaan Yasin ke mukanya dan sempat menghabiskan masa bersama dengan arwah,” ujarnya.

Dalam masa sama Kaka juga berkata ini dugaan buatnya yang kini sedang sarat hamil anak ketiga.

“Dugaan buat saya. Tapi saya kena kuat,” jelasnya.

Jenazah akan dijangka akan dikebumikan hari ini selepas solat Zohor di tanah perkuburan kawasan perumahan ibunya di Teluk Panglima Garang, Klang, Selangor.

Posting Komentar untuk "Innalilahi, Khabar Duka Dari Penyanyi Kaka Azraff Telah Meninggal Dunia Si...(Baca Artikel Penuh)"