“Semoga perkahwinan ini kekal ke jannah..” Trbongkar status sebenar mira isteri orang? Individu ini buka cerita sebenar
“Semoga perkahwinan ini kekal ke jannah..” Trbongkar status sebenar mira isteri orang? Individu ini buka cerita sebenar

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai seorang influencer, View Chin yang didakwa berlaku curang terhadap isterinya, Shermine Hau-Ah Moi. TkToker terkenal itu dipercayai telah menjalinkan hubungan terlarang bersama pekerja sendiri dikenali sebagai Amirah Aqilah Firdaus.
Terkini, tular pula di laman Facebook memaparkan beberapa keping foto Amirah atau Mira yang didakwa sudahpun mendirikan rumah tangga dan sebenarnya merupakan isteri orang. Menerusi hantaran tersebut, seorang pengguna Instagram telah mengucapkan tahniah buat pasangan pengantin itu selain mendoakan perkahwinan mereka kekal bahagia. Majlis persandingan, semoga perkahwinan ini kekal hingga ke jannah.

Syukur alhamdulillah, berlangsungnya pernikahan anak kedua, Amirah Aqilah. Segala urusan dipermudahkan. Susulan itu, hantaran tersebut telah menimbulkan spekulasi dan persoalan orang ramai mengenai status sebenar wanita itu yang rupa-rupanya sudah berkahwin.
Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada pengesahan mengenai kesahihan hantaran tersebut. Terdahulu, isteri kepada TkTokers itu telah memuat naik beberapa bukti perbualan mesra antara suaminya dan Mira menerusi aplikasi WhatsApp. Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Terdahulu, Sedia maklum, semalam kecoh di media sosial mengenai seorang usahawan serta influencer popular berlaku curang dengan staf perempuan yang sering bersama dengannya jika membuat video ataupun live di TkTok. Susulan sudah menjadi viral kes curang ini, teruk ‘penyondol’ bernama Mira itu dihentam dan netizen bercadang untuk memboikot wanita tersebut seumur hidup.
Bukan itu saja, posting Mira yang sebelum ini juga menjadi perhatian kerana rata-rata netizen meluat melihat wanita tersebut memuat naik foto dengan kapsyen seolah-olah diri itu baik. Dapat dilihat kapsyen panjang yang ditulis dalam foto tersebut dia mengatakan tiada manusia yang sempurna dan setiap manusia perlu memahami orang lain agar tidak mementing diri.
Kisah curang ini didedahkan sendiri oleh isteri influencer tersebut di laman Facebook dan difahamkan daripada pendedahannya itu, Mira sudah menjalinkan hubungan dengan suami agak lama, malah mereka juga banyak kali tidur di hotel serta bercuti bersama.
Isteri kepada TkTokers tersebut yang dikenali sebagai Shermine Hau-Ah Moi telah memuat naik beberapa bukti foto dan perbualan mesra suaminya di WhatsApp bersama wanita berkenaan.
Salah saya sebab percaya dengan suami yang kahwin 8 tahun. Akhirnya Tuhan dah nampak, siapa yang jadi penyondol siapa, tanggunglah tu. Kalau nak main, jangan main suami orang orang. Bukan tak cantik, janganlah jadi perampas. I bagi you live, bagi you kerja, bukan bagi you laki (I) tau? Lets start the war.
Berdasarkan perbualan tersebut, kedua-duanya dilihat mula bersayang-sayang, meluahkan rasa cinta, mahu berpelukan di tangga, memakai baju sedondon dan sebagainya. Bercerita mengenai kisah rumah tangganya, Shermine memberitahu pada September tahun lalu suaminya telah bercuti ke Bali, Indonesia sendirian kononnya mahu tenangkan diri tetapi rupa-rupanya dia ke sana bersama skandalnya.
Dia (penyondol) dah ikut saya selama 5 tahun, saya memang layan dia bagus, sangat percaya dia. Apabila saya tahu perkara ni, saya check suami punya phone, baru tahu diorang start since April 2022. Masa tu saya dalam pantang, saya baru bersalin tau. Diorang pun pergi hotel tau. Dan staff lama saya pun cakap dengan saya dia pernah nampak diorang pergi rumah lama saya, masuk rumah apabila masa saya dalam pantang.
Shermine juga mendakwa suaminya itu seorang yang panas b4ran dan kaki pukul. Lebih mengejutkan apabila Shermine mendakwa suaminya akan merakam setiap kali mereka melakukan hubungan suami isteri selain memaksanya mengambil beberapa jenis pil (perangsang nafsu) untuk kepuasan seks.

Ada satu hari dia tiba-tiba tanya saya buat sex 3 orang boleh tak. Saya cakap tak boleh. Saya masih ingat ada satu hari dia bawa saya pergi hotel, dia buka wine kasi minum. Lepas tu makan ubat lagi. Saya just nampak paha saya lebam, badan sakit. Lepas tu saya terjumpa ada foundation perempuan. Tapi bukan saya punya. Sejak itu saya dah syak.
Masa saya dalam pantang, mereka dah pergi hotal. Saya tanya dia kenapa buat macam tu? Dia cakap dia tak pernah sex dengan staff sendiri rasa fresh. Dan dia nak masuk islam sebab kalau sudah masuk Islam baru ada lebih melayu percaya dia dan beli barang kat live TkTok dia.
Tidak terhenti di situ, lelaki itu meminta Shermine menandatangani surat perceraian dan hak penjagaan tiga anak mereka haruslah diserahkan kepadanya. Dia turut mengugut Shermine untuk menyebarkan videonya sekiranya permintaan itu tidak dituruti. Malah lelaki itu sudah sudah menggugurkan nama Shermine dalam perkongsian syarikat.
Akhir sekali Shermine mengatakan dia kini terpaksa bersembunyi di satu tempat kerana bimbang dengan suaminya yang akan mencederakan dia dan anak-anak.
Sumber : beautifulnara
Posting Komentar untuk "“Semoga perkahwinan ini kekal ke jannah..” Trbongkar status sebenar mira isteri orang? Individu ini buka cerita sebenar"