Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Jadi sahabat.. keluar sama2 dengan Anak2..” Reaksi Syamsul di sapa Sarah, Buat ramai perasan ini

“Jadi sahabat.. keluar sama2 dengan Anak2..” Reaksi Syamsul di sapa Sarah, Buat ramai perasan ini

Pelakon Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa lega kerana dia dan Syamsul Yusof akhirnya menemui kata sepakat isu cerai. Setelah berbincang secara bersemuka malam tadi, pasangan ini membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila pasangan ini dilihat bergelak ketawa ketika di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Malah, Puteri Sarah sendiri ada memuat naik foto duduk di samping suaminya dengan kapsyen bersyukur akhirnya menemui ketenangan yang dicari selama ini.

Dalam satu perkongsian lain, seorang individu meluahkan rasa sedih melihat momen terakhir Puteri Sarah dan Syamsul Yusof. Katanya, pertemuan malam tadi berlangsung di rumahnya dan pasangan ini berbincang secara baik. Dengan rasa hiba, individu ini berkata ikatan perkahwinan selama 9 tahun akhirnya terlerai disebabkan kejahatan seorang manusia. Namun, Allah SWT adalah sebaik-baik perancang dan Puteri Sarah berhak mendapat bahagia sendiri.

Menurut Puteri Sarah, segalanya dipermudahkan selepas mereka bertemu dan berbincang mengenai semua terma serta syarat yang bakal ditetapkan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat. Kami dah berjumpa dan kami dah berbincang semua terma serta syarat. Apa yang saya dan dia mahu berkenaan anak-anak, nafkah dan sebagainya.

“Malam semalam kami selesaikan semuanya juga. Alhamdulillah, berkat bulan Ramadan. Jadi semuanya dipermudahkan hari ini.

“Kita sudah boleh teruskan dengan kehidupan masing-masing dengan tenang. Akhirnya semua selesai. Tak perlu nak pening-pening lagi,” katanya kepada XTRA. Dalam pada itu, Syamsul enggan mengulas lanjut berkenaan hasil persetujuan yang dicapai, hari ini.

“Semua sudah selesai. Ini semua demi kebaikan anak-anak. Saya tak nak cakap lebih-lebih,” katanya ringkas sambil menuju ke tempat letak kereta.

 

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof hadir ditemani peguam syarie yang mewakilinya, Azmi Mohd Rais manakala Puteri Sarah diwakili oleh Datuk Akberdin Abdul Kadir.

Krisis perkahwinan mereka bakal dinoktahkan selepas pengarah sensasi itu setuju melafazkan talak terhadap isteri pertamanya pada 18 April depan.

Antara komen warganet melihat momen gelak tawa puteri sarah dan syamsul yusof diluar bilik mahkamah.

Terdahulu, media melaporkan sesi perdamaian antara Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) pada 24 Mac lalu, menemui jalan buntu.

Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak. JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Peguam mewakili Syamsul Yusof, Azmi Mohd Rais mendedahkan pengarah itu dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana telah mencapai kata-kata sepakat mengenai penyelesaian tuntutan perceraian.

Berlaku perjumpaan antara pihak Syamsul, 39, dan Sarah, 38, malam semalam bagi membincangkan perkara terbabit.

“Pada hari ini ditetapkan tarikh sebutan seterusnya untuk kes cerai ini. Sepatutnya hari ini adalah untuk menerima laporan jawatankuasa pendamai (JKP) yang telah dijalankan sebelum ini.

Sumber : ohmedla

Posting Komentar untuk "“Jadi sahabat.. keluar sama2 dengan Anak2..” Reaksi Syamsul di sapa Sarah, Buat ramai perasan ini"