Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Pernah Disuruh Duduk Atas Peha Masa…” selalu Diambil Kesempatan Sejak Kecil, Bella Astillah bongkar pernah..

“Pernah Disuruh Duduk Atas Peha Masa…” selalu Diambil Kesempatan Sejak Kecil, Bella Astillah bongkar pernah..

Baru-baru industri hiburan tanah air kecoh oleh satu pengakuan berani dari Bella Astillah. Pengakuan ini dibuat melalui sebuah “podcast” yang dikendalikan oleh selebriti sosial media terkenal iaitu Hazeman Huzir dan telah disiarkan di Youtube sejak 5 hari lepas.

Pengakuan itu melibatkan sisi gelap industri hiburan tempatan yang diceburi olehnya sejak kecil. Pelbagai Pihak Ambil Kesempatan. Menurut isteri kepada penyanyi lelaki popular tanah air Aliff Aziz ini beliau sering menjadi sasaran kepada pelbagai pihak yang gemar mengambil kesempatan atas kenaifan dirinya yang masih muda ketika itu.

Dedahnya lagi, hal ini amat dipersetujui oleh ibunya kerana sepanjang berkecimpung dalam industri, terdapat insiden di mana seorang lelaki menyuruh beliau untuk duduk di atas pehanya. Jelas pelakon dan penyanyi kelahiran Sabah ini, ketika itu dirinya kurang berani mengucapkan perkataan “tidak” dan mengiyakan apa sahaja yang dipinta.

Tidak Dapat Bayaran Setimpal Dengan Pencapaian
Tambahnya, sewaktu kecil peluang untuk menembusi industri tempatan amatlah sukar sehinggakan beliau tidak pernah bertanyakan soal bayaran yang diperoleh melalui persembahan di pasaraya dan sebagainya.

Hal ini menyebabkan Bella tidak memperoleh bayaran setimpal walaupun album yang diusahakan bersama adik dan ayahnya berjaya menembusi pasaran Brunei dan Singapura. Berazam Untuk Berubah.

Sedih dengan hakikat tersebut, beliau kini berazam untuk mengubahkan dirinya untuk Iebih berani dan yakin dengan dirinya agar tidak menjadi sasaran pelbagai pihak yang cuba mengaut keuntungan melalui sifat naifnya seperti dahulu.

“Masa kecil, nak menyanyi tak senang dapat peluang. Selalu menyanyi dekat mall.. tapi masa tu kami tak tertanya pasal payment.

“Saya tak tahu rupanya penjualan album lagu kanak-kanak ini sampai ke Brunei dan Singapura. Mereka dapat banyak duit, tak setimpal dengan apa yang kami raih.

“Contohnya dalam muzik video semua lagu tu akan ada props kan. Itu semua ayah saya yang buat

“Tapi apa yang membuatkan saya sedih sebab saya tahu ayah banyak bekerja keras untuk semua album ni. Tapi dia tak dapat apa sepatutnya yang dia dapat,” katanya.

Posting Komentar untuk "“Pernah Disuruh Duduk Atas Peha Masa…” selalu Diambil Kesempatan Sejak Kecil, Bella Astillah bongkar pernah.."