Kepada Farid Kamil, Aku Jumpa Kau Di Mahkamah” – Syamsul
Pengarah terkenal Syamsul Yusof berkata dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Farid Kamil susulan kenyataan dikeluarkan mendakwa pengarah itu pernah memukul seorang wanita bernama Diana namun tiada tindakan diambil.
Untuk rekod, Syamsul dan Diana didakwa pernah menjalin hubungan cinta sekitar 2005 sebelum putusmpada penghujung 2008.
Memetik Utusan Online, Syamsul memberitahu akan berjumpa dengan pengarah itu di mahkamahKita dah tua Bro, apa kau nak buat ‘game’ budak-budak. Jadi, aku jumpa kau di mahkamah, itu je. Kalau dah jumpa di mahkamah, takkan nak main tepuk tampar, mesti aku saman kau la,” katanya.
Sebelum ini, Farid mengeluarkan kenyataan tersebut sehari selepas isteri pertama Syamsul mendedahkan pernah dipukul oleh suaminya.
Difahamkan, wanita bernama Diana yang ditulis Farid dipercayai merujuk kepada isterinya yang, aktres Diana Danielle.
Posting Komentar untuk "Kepada Farid Kamil, Aku Jumpa Kau Di Mahkamah” – Syamsul"