Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Dia tk bagi kerjasama..Tldak pernah datang sehingga sekarang..” dkwa pernah dlpukvl, Isteri pelakon lelaki terkenal tuntut cerai

“Dia tk bagi kerjasama..Tldak pernah datang sehingga sekarang..” dkwa pernah dlpukvl, Isteri pelakon lelaki terkenal tuntut cerai

Isteri kepada pelakon Afiq Muiz, Pachara Apin atau nama islamnya Nur Aaira Mahdeya,32, hadir ke mahkamah bagi prosiding pendengaran permohonan tuntutan cerai secara fasakh terhadap suaminya.

Dia hadir berseorangan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari pada jam 10.58 pagi dengan mengenakan jubah serba hitam berserta pelitup muka selain menyambut sapaan media sebelum memasuki dewan.

Afiq tak beri kerjasama. Pachara memberitahu suaminya Afiq Muiz atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Muiz Azman Shah enggan memberi kerjasama sewaktu ditanya media selepas tamatnya prosiding.

“Afiq tak beri kerjasama,”ujarnya. Dalam pada itu, peguam syarie Suariati Ab. Ghani mengesahkan perkara sama sewaktu disoal oleh Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh mengenai hal tersebut.

 

“Defendan (Afiq) tidak pernah hadir dari awal sehingga sekarang,”ujar peguam tersebut. Selepas mendengar keterangan Pachara, mahkamah menetapkan 6 April ini untuk mendengar keterangan saksi-saksi wanita itu.

Terdahulu, Pachara memfailkan permohonan fasakh pada Oktober 2022 dan sebelumnya membuat laporan polis pada 14 Mei 2021 dengan mendakwa Afiq menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali, selain menendang perut serta menumbuk dagu sebanyak dua kali.

Bagaimanapun, abang kepada aktres Aishah Azman membuat laporan polis di Balai Polis Dengkil kerana merasa dirinya difitnah oleh wanita itu dan sebarang tindakan selepas ini akan berhubung terus dengan peguamnya. Sekadar info, Afiq dan Pachara mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2019.

Tidak berdiam diri, adik Afiq iaitu pelakon Aishah Azman tampil membidas dakwaan tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya yang mendakwa Pachara melemparkan fitnah terhadap abangnya itu.

Malah, menerusi perkongsian tersebut Aishah mendakwa Pachara curang terhadap suami dan aktif bersosial di kelab malam.

“Curang dengan suami sendiri, minum ar4k, pergi club, makan babl, duduk serumah dengan suami orang dia masih dalam berstatus isteri orang, suka mereka-reka dan manipulate cerita seolah-olah awak yang victim,” tulisnya.

Dalam pada itu, Aishah turut berkongsi perbualan WhatsApp disyaki antara Pachara dan seorang lelaki. Menerusi hantaran sama, Aishah turut menegaskan dia tiada niat untuk membuka aib keluarga, namun hanya mahu membersihkan nama abangnya itu.

“Jangan dengar sebelah pihak, saya tahu apa awak buat. Duduk serumah dengan suami orang walaupun masih berstatus isteri pada abang saya tapi manipulate cerita yang awak dah bercerai. Jangan sebarkan fitnah.

“Suka cederakan diri sendiri dan manipulate cakap abang saya pukul awak. Saya tiada niat untuk membuka aib sesiapa, tapi awak sudah menabut fitnah pada abang saya,” tulisnya.

Posting Komentar untuk "“Dia tk bagi kerjasama..Tldak pernah datang sehingga sekarang..” dkwa pernah dlpukvl, Isteri pelakon lelaki terkenal tuntut cerai"