Berlakon babak ni masa hari failkan perpisahan, ramai yang puas ati bila tengok Puteri Sarah hamun Shukri Yahya

Ramai yang berpendapat bahawa sedutan dari episod tersebut betul-betul ‘sampai’ kepada penonton lebih-lebih lagi gerakan badan menjadikan babak berkenaan cukup ‘real’. Puteri Sarah turut berkongsi video tersebut di Instagram dengan menulis kapsyen ‘Umairah on faiyahh!!!’ beserta ucapan terima kasih kepada penulis novel dan skrip serta produksi drama yang memberikannya peluang berlakon dalam drama tersebut. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet telah tinggalkan komen dengan berasa’ seram’ jika menjadi Shukri kerana dihamun dengan begitu ‘dasyat’ oleh seorang wanita. Pelakon Idzham Ismail yang memegang watak Ikram turut menyatakan yang dia hampir ‘hangus’ ketika berada di sebelah Umairah sewaktu memarahi Syed Azril. Klik sini untuk lihat video.




Menerusi komen, pemilik nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu mengatakan yang babak tersebut dibuat secara ‘one take’ dan kebetulan pada hari dia menfailkan perpisahan tempoh hari. Drama Andai Itu Takdirnya telah mula bersiaran pada 6 Mac 2023 di Astro Ria. Difahamkan drama adaptasi novel karya Siti Rosmizah ini mempunyai 60 episod dan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis. Antara barisan pelakon yang menjayakan drama berkenaan adalah Hannah Delisha (Aliya), Shukri Yahaya (Syed Azril), Idzham Ismail, Puteri Sarah dan ramai lagi.

Posting Komentar untuk "Berlakon babak ni masa hari failkan perpisahan, ramai yang puas ati bila tengok Puteri Sarah hamun Shukri Yahya"