Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Ustaz Dibebaskan Dari Tuduhan Seksual Selepas Pelajar Mengaku Sengaja Buat Fitnah

Ustaz


Seorang saksi perbicaraan memberitahu mahkamah sewaktu soal balas bahawa beliau dan empat lagi rakannya membuat tuduhan palsu terhadap seorang mudir sebuah madrasah yang terletak di daerah Kulim selepas mereka ditangkap dengan bahan pornografi di madrasah itu.

Oleh yang demikian, Anuar Che Ani, 36, dibebaskan daripada tiga tuduhan serangan seksual selain dilepas tanpa dibebaskan bagi dua lagi tuduhan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Mirza Mohamad atas permintaan pendakwaan selepas dua saksi yang sepatutnya memberi keterangan gagal untuk hadir.

Wartawan Predeep Nambiar dari FMT melaporkan, sebelum ini Anuar mengaku tidak bersalah pada 18 November 2021 kerana serangan seksual terhadap lima pelajar berusia 11 hingga 14 tahun di sebuah madrasah antara April 2018 hingga Oktober 2021.

Beliau disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan dibenarkan jaminan sebanyak RM50,000.

Peguam yang mewakili Anuar, RSN Rayer menjelaskan bahawa ustaz tersebut akhirnya dilepas dan dibebaskan bagi tiga tuduhan pertama selepas seorang saksi mengakui dalam soal balas ketika perbicaraan bahawa laporan polis terhadap tertuduh adalah fitnah dan palsu semata-mata.

Tuduhan itu sengaja dibuat oleh saksi tersebut terhadap Anuar selepas beliau dan empat lagi rakannya ditangkap kerana memiliki bahan pornografi.

Ustaz

BACAKisah Harun Yahya, Pendakwah Selebriti Yang Dipenjara 1,075 Tahun Atas Kesalahan Jenayah Seksual

Sumber: FMT

3Ikuti Cerita Menarik Di ODISI
Taktik Baharu Penyamun Jalan Raya? Polis Nasihatkan Jangan Sebar Mesej Berita PalsuTaktik Baharu Penyamun Jalan Raya? Polis Nasihatkan Jangan Sebar Mesej Berita Palsu22 hours agoKarikatur Biadab Charlie Hebdo – Kartunis Malaysia Diminta 'Lawan Balik'Karikatur Biadab Charlie Hebdo – Kartunis Malaysia Diminta 'Lawan Balik'23 hours agoGempa Bumi Turkiye: Remaja Guna Instagram Mohon Diselamatkan Dari RuntuhanGempa Bumi Turkiye: Remaja Guna Instagram Mohon Diselamatkan Dari Runtuhan1 day agoSubscribe Cerita Menarik ODISI PERCUMA!SUBSCRIBE PERCUMA!⚡ 
Adakah anda merasakan Anwar Ibrahim mampu menjadi Perdana Menteri Malaysia yang bagus?YA!Tidak
XTaktik Baharu Penyamun Jalan Raya? Polis Nasihatkan Jangan Sebar Mesej Berita PalsuTaktik Baharu Penyamun Jalan Raya? Polis

Posting Komentar untuk "Ustaz Dibebaskan Dari Tuduhan Seksual Selepas Pelajar Mengaku Sengaja Buat Fitnah"