“Kecewa Lagu Ditol4k Sebab…” Begini Kehidupan Terkini Hafiz Suip Selepas Tiga Tahun Menghilang

Hafiz Suip mengakui namanya agak tenggelam dalam lambakan penyanyi baharu.
Katanya sepanjang tiga tahun ‘menghilang’, dia melalui jalan yang sukar dalam mencari ilham untuk menulis lagu.

Foto: IG
Fasa itu tambah memeritkan apabila beberapa kali lagu yang digubahnya tidak diterima untuk dipasarkan.
“Apabila saya bagi lagu saya (kepada syarikat rakaman) sesetengah pihak mengatakan lagu itu bukan untuk pendengar-pendengar zaman sekarang. Saya tidak tahu apa penyelesaiannya.
“Namun, saya percaya semua yang berlaku bergantung pada rezeki… ada masa kita berada di bawah dan ada masa kita berada di atas,” kata Hafiz kepada Boom.
Sementara itu Hafiz tidak pula gelisah atau berkecil hati dengan golongan BBNU mengambil alih kedudukannya dan sebilangan rakan-rakannya sebaliknya berpendapat ia suatu yang positif untuk perkembangan industri muzik.
“Untuk menaikkan nama memang senang tetapi untuk kekal berada di atas adalah sesuatu yang mencabar dan itu merupakan cabaran besar di dalam industri hiburan pada hari ini.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Posting Komentar untuk "“Kecewa Lagu Ditol4k Sebab…” Begini Kehidupan Terkini Hafiz Suip Selepas Tiga Tahun Menghilang"